Wednesday, November 5, 2008

SEKARANG masa terbaik untuk melabur dalam Unit Amanah.

Dalam corong2 radio pun ada menasihatkan kita utk melabur. Di tv pula byk iklan2 berkenaan Unit Amanah.


Kenapa sekarang?

Sekarang dunia mengalami kemerosotan ekonomi, sedikit sebanyak memberi kesan kepada ekonomi Malaysia. Ini menyebabkan harga saham-saham jatuh. Inilah peluang kita utk membeli saham dgn harga yg murah.


Bagai mana kalau ekonomi terus merudum?

Jgn risau… kita melabur utk jangka pjg. Beli sekarang dgn harga murah, jual pada hari tua atau bersara kelak dgn harga yg tinggi.

Sebagai contoh;

Saham skrg RM0.15 seunit dan menjualnya selepas bersara pada harga RM1.00 seunit

Sekarang RM1000/RM0.15 = 6666.6667 unit

Selepas b’sara 6666.67 unit X RM1.00 = RM6666.67

Untung 6666.67 - 1000 = RM5666.67


Apa lagi kalau tiap2 bulan kita menambah pelaburan. Ini pun blm di tambah dengan pembahagian untung tiap2 tahun sebanyak 10% dan ke atas. Utk info Tahun 2007 dividen ASB dan EPF masing-masing 8% dan 5.8%.


Apa tu Unit Amanah?

Dana unit amanah merupakan satu skema pelaburan yg menggabungkan wang pelabur utk memenuhi objektif tertentu. Pengurus dana kemudian melabur wang ini dalam pelbagai sekuriti seperti saham atau bon dgn harapan utk memenuhi objektif dana tersebut. Senang cerita samalah dengan Amanah Saham Bumiputra (ASB). Tapi pengurus unit amanah yg sy nak ketengahkan ialah pengurus unit amanah swasta yg diawasi dgn teliti oleh Suruhanjaya Sekuriti, pendaftar Syarikat dan Bank Negara.

Bezanya dgn ASB harga jualan dan belian berbeza2 mengikut prestasi saham. ASB dijamin oleh kerajaan, Pengurus unit amanah swasta pula mempunyai risiko yg munasabah. Kecairan unit amanah pengurus swasta mengambil masa 10 hari. Tepuk dada, tanyalah hati dan fikirlah sebelum membuat keputusan.


Halalkah?

Bagi org Islam, rezeki mestila dari sumber yg bersih dan halal. Melaburlah dlm dana Islam. Dana2 ini dilaburkan dalam syarikat yg diluluskan oleh Syariah. Ini bererti ia hanya dilaburkan di kaunter halal.


Bagaimana Nak Melabur?

Untuk permulaan minimum RM1000 dan jika mahu, blhlah di tambah tiap2 bulan minimum RM100.

Nak tau lebih lanjut atau berminat untuk melabur bolehlah menghubungi perunding unit amanah berdekatan anda atau hubungi sy (sila rujuk profil).